• Home
  • About
    • Company
    • CEO Message
    • Team
  • Services
    • Mineral Exploration and Prospecting
    • Mining Operations
    • Mineral Processing
    • Mining Consultation
    • Mining Management
    • Bio Intelligence Leaching Solvent (BILS)
  • News
  • Gallery
  • Partners
  • Contact
    • Home
    • About
      • Company
      • CEO Message
      • Team
    • Services
      • Mineral Exploration and Prospecting
      • Mining Operations
      • Mineral Processing
      • Mining Consultation
      • Mining Management
      • Bio Intelligence Leaching Solvent (BILS)
    • News
    • Gallery
    • Partners
    • Contact
Greensnow
Greensnow
  • Home
  • About
    • Company
    • CEO Message
    • Team
  • Services
    • Mineral Exploration and Prospecting
    • Mining Operations
    • Mineral Processing
    • Mining Consultation
    • Mining Management
    • Bio Intelligence Leaching Solvent (BILS)
  • News
  • Gallery
  • Partners
  • Contact
Let's Talk

Kepakaran penyelidik bantu Nuklear Malaysia lakukan kajian nadir bumi

Greensnow > News > Consulting > Kepakaran penyelidik bantu Nuklear Malaysia lakukan kajian nadir bumi
  • January 26, 2024
  • admin
  • Consulting, Development, News
  • 0

Majlis penyerahan balas dokumen Perjanjian Kerjasama (MoA) di antara Greensnow Technology Sdn. Bhd. (GTSB) dan kerajaan Malaysia secara virtual hari ini

26 January 2021

KUALA LUMPUR – Kepakaran yang dimiliki oleh penyelidik nuklear di negara ini serta fasiliti-fasiliti makmal termasuk peralatan-peralatan saintifik yang terdapat di Nuklear Malaysia boleh membantu dalam melakukan penyelidikan nadir bumi.

Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Dr Siti A’iasah Hashim berkata, sejak kebelakangan ini nadir bumi telah menarik perhatian pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri dan industri berkaitan.

“Diharapkan hasil penyelidikan ini akan dapat mencetuskan industry baru yang boleh menyokong usaha ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara berteknologi tinggi,” katanya.

“Nuklear Malaysia menyambut baik lamaran pihak GTSB menjalankan penyelidikan untuk meluaskan industry Nadir Bumi di Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan balas dokumen Perjanjian Kerjasama (MoA) di antara Greensnow Technology Sdn. Bhd. (GTSB) dan kerajaan Malaysia secara virtual hari ini.

Agensi Nuklear Malaysia yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan ujian rintis perlombongan Nadir Bumi Tidak Beradioaktif (NR REE) di negara ini mewakili kerajaan Malaysia pada majlis tersebut.

Siti A’iasah berkata, kerjasama antara agensi kerajaan dan swasta seharusnya disokong oleh kerajaan dengan memberikan insentif galakan.

Sehubungan itu beliau berkata, Nuklear Malaysia bercadang memohon kepada Kementerian Kewangan, melalui MOSTI, agar potongan cukai dua kali dapat diberikan kepada syarikat-syarikat yang membiayaai projek pembangunan dan penyelidikan secara kerjasama dengan agensi itu.

Sementara itu, pada majlis sama, Ketua Pegawai Eksekutif GTSB, Datuk Nik Abdul Mubin Nik Mahmood berkata, di dalam menjalankan beberapa penyelidikan dengan Agensi Nukear Malaysia, pihaknya bersetuju untuk membiayai kos berkaitan yang berjumlah RM450,000.

Katanya, jumlah wang yang dikeluarkan adalah bagi membiayai aktiviti penyelidikan dan kajian peringkat awal.

“Pihak kami amat yakin dengan adanya data-data dan maklumat hasil daripada kajian penyelidikan itu dapat membantu kedua-dua belah pihak yang mana Agensi Nuklear boleh menggunakan data-data tersebut dalam melakukan kajian yang lebih lanjut berkaitan unsur-unsur nadir bumi.

Sumber: https://malaysiagazette.com/2021/01/26/kepakaran-penyelidik-bantu-nuklear-malaysia-lakukan-kajian-nadir-bumi/

Tags: AgensiNuklearGreensnowMalaysiaGazetteNews
  • Previous RM450,000 to go into rare earth elements research in 4 states
  • Next UTP jalin kerjasama perkasa bidang pemprosesan nadir bumi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

Malaysia perlu kepakaran proses REE bukan radioaktif December 5, 2024
BRIN dan UTP Malaysia Sepakati Kerja Sama Riset Pengolahan Logam Tanah Jarang November 22, 2024
RM450,000 to go into rare earth elements research in 4 states January 26, 2024
Kepakaran penyelidik bantu Nuklear Malaysia lakukan kajian nadir bumi January 26, 2024
UTP jalin kerjasama perkasa bidang pemprosesan nadir bumi January 24, 2024

Categories

  • Consulting
  • Development
  • News
  • Strategy

Tags

AgensiNuklear BRIN Greensnow Indonesia Malaysia MalaysiaGazette MoU News TheVibes UTP Utusan
Greensnow
Greensnow is an active company specializing in the exploration and mining of minerals. We offer comprehensive mineral exploration and prospecting services for Rare Earth Elements (REE).

Discover More

Contact Info

  • No. 6A, Jalan Lumut, Kompleks Damai, 50400 Kuala Lumpur.
  • +603-4043 0011
  • info@greensnow.my
  • 10:00 - 17:00

Latest Posts

Malaysia perlu kepakaran proses REE bukan radioaktif December 5, 2024
BRIN dan UTP Malaysia Sepakati Kerja Sama Riset Pengolahan Logam Tanah Jarang November 22, 2024
RM450,000 to go into rare earth elements research in 4 states January 26, 2024

© Copyright 2024 Greensnow. Powered by Ixan Legacy